Quantcast
Channel: Programmer by day | Lifestyle Bloggger
Viewing all 695 articles
Browse latest View live

Macam mana nak dapatkan Pembiayaan Perumahan Islamik Terbaik di Malaysia ?

$
0
0
Korang dah ada rumah idaman hati? Tapi masih tercari-cari yang mana satu pinjaman perumahan yang terbaik untuk anda? Sekarang ni semua orang pasti tercari-cari pembiayaan perumahan yang islamik untuk rumah mereka kan berbanding dengan pinjaman konvensional.

Pembiayaan perumahan Islamik mematuhi prinsip Shariah yang melarangkan pembayaran atau penerimaan faedah atau yuran (juga dikenali sebagai “riba”). Selain itu, produk pembiayaan juga berfungsi sebagai perkongsian keuntungan antara peminjam dan pemberi pinjaman. 



Ini contoh rumah di Bandar Tasik Kesuma Semenyih untuk dijual berharga RM680,000
pic credit to : gohartanah.com 


Pernah dengar tak pasal iMoney ? Memang rugi saya baru terjumpa laman web ni yang mana mampu membandingkan pembiayaan perumahan islamikbank-bank yang ada di Malaysia. Saya sendiri pernah pergi dua tiga bank untuk dapatkan informasi berkaitan dengan pinjaman  perumahan tapi tak larat lah nak masuk setiap bank kan. Tapi dengan maklumat hujung jari ni, senang kerja kita kan. Duduk ajer kat mana-mana dan boleh membuat perbandingan bank-bank di Malaysia malahan membuat permohonan pembiayaan perumahan islamik terbaik di Malaysia pulak tu !


Contoh ni adalah untuk pembiayaan pembelian rumah kat atas tadi,  terus dapat maklumat bank mana yang menawarkan profit rate yang paling rendah untuk kita pilih, Bukan tu ajer, bayaran bulanan , penalti penamatan awal (lock in period) dan pelbagai informasi lagi. Tempoh Lock-In tutempoh di mana pembiayaan tidak boleh dijelaskan sepenuhnya tanpa dikenakan penalti penyelesaian awal. Walaupun cuma berbeza beberapa ringgit antara bank-bank ni tapi bila dicongak-congak untuk 30 tahun memang tak terjangkau keuntungannya hasil daripada pilihan pembiayaan yang tepat ni :)

Bukan tu sahaja, tip dan panduan lanjut pinjaman rumah di Malaysia yang lengkap dengan bahasa yang  mudah  mengenai pinjaman rumah boleh dicapai melaui laman web ini.   Kalau rasa tak berapa nak faham terma dalam bahasa Melayu, korang boleh la pilih Bahasa Inggeris .

Jom terjah iMoneysekarang bagi mereka yang merancang untuk membuat pinjaman perumahan :)


 

Macam mana nak design personalize Fridge Magnet dengan mudah

$
0
0
Ini pembelian ke 8 saya melalui Milkadeal. Biasanya saya beli bila ada banyak point saya dapat dan tak perlu guna banyak sangat cash. hahaha. Kedekut punya pasal. Disebabkan sebelum ini dah pernah ada Personalize Fridge Magnet untuk Nuha, so nak bagi adil buat untuk Nayla sekali la. Kebetulan masa offer tu ada point RM10. Masa pantang hari tu rugi RM90 sebab tak tebus jadi expired.huhu Saya dapat RM18 untuk 6 personalize Fridge Magnet  4" x 3". Register Milkadeal percuma kat sini untuk penjimatan berganda ok :)

Sebenarnya saya malas nak design sendiri ( 1 ajer cari template kat internet yang gambar pooh tu ) dan design yang lain-lain kat bawah ni saya just gunakan PhotoTinks dan download gambar dan edit kat photoshoot untuk jadikan saiz  4" x 3" dan buang sekali watermark PhotoTinks. Hasilnya tadaa...Tak sabar pulak tunggu hasilnya sampai nanti :) Sayang, FM ni akan sampai kat ofiz sayang yer :p Take note ! hehehe







Korang pernah buat personalize Fridge Magnet ?


Kalau korang nak jugak personalize fridge magnet macam ni pergi jer kat laman web bawah ni yer tapi tak dapat lah harga macam saya .  Biasa RM 72 untuk 6 keping ni atau RM12 sekeping.

PhotoDelivery.com.my (Photo Delivery Enterprise) - (001683824W)
ADDRESS
29-1, Jalan Puteri 2/6, Bandar Puteri Puchong, Selangor
Puchong 47100
Malaysia
PHONE
+603 8052 0276
WEBSITE
http://www.photodelivery.com.my



Susah rupanya nak jadi baby photographer kan ?

$
0
0
Memang mencabar nak jadi baby photographer ni kan ? Memang betul-betul kagum la kat Carrie Sandoval, baby photograher dari San Diego tu sebab amik gambar baby dengan pelbagai gaya yang menarik especially baby tidur dengan senyuman tu, korang boleh tengok kat sini.

Since ada baby ni , jom la kita bereksperimen dengan my Nayla yer :p Amatur Baby photographer kekdahnya. Mencabar betul ! Banyak gila gambar yang saya snap, tapi ni yang terbaik yang dapat tayang :p hahahaha. Cuma guna kamera Canon IXUS 105 12.1 MP ajer :p











Macam mana , boleh jadi baby photographer tak ?



Kos rawatan pergigian 2013 dan berus gigi PERCUMA

$
0
0
Tahun ni dah 3 kali saya membuat rawatan pergigian. Saya biasanya dapatkan rawatan di klinik pergigian ofiz saya ni ajer. Tapi kena charge jugak, bukannya percuma tapi tidak lah semahal klinik pergigian swasta kat luar. Kali pertama buat masa masih dalam cuti berpantang hari tu. Tak silap bulan 3.


Rawatan pertama adalah scaling dan doktor cakap saya perlu buat tampalan pada 3 batang gigi ( perlu 2 temujanji tak boleh sekali harung ) . Kali terakhir mendapatkan rawatan bulan 5 tahun lepas. Makan banyak gula-gula ke apa ni .  Rawatan pertama yang dikenakan RM10 untuk scaling dan pemeriksaan gigi.

Tarikh temujanji untuk 3 tampalan gigi pada  4/5/ 2013 dan  5/6/ 2013

 Rawatan kali kedua yang dikenakan RM30 untuk tampalan 2 batang gigi

Rawatan kali ketiga RM10 untuk tampalan 1 batang gigi
Jumlah untuk tahun ni kiranya RM50 sahaja :)


Dah tak gerun nak hadap doktor gigi bila dah tua-tua ni  .
Doktor menyarankan pada saya guna berus gigi yang medium atau lembut sebab kena gosok sekali dengan gusi bukan gigi ajer untuk menjadikan gusi sihat dan dapat mengikat gigi lebih kuat. Gitulah dia cakap pada saya bahasanya ;p Lupa dah. Kalau salah mohon perbetulkan yer . 


Jom tayang gigi :p  hehehe


Ni pulak berus gigi percuma yang diterima jenis compact Systema 0.02mm. Aduhai kecik ajer kepala berus giginya dan lembut ajer berusnya. First time cuba jenis macam ni.
Nak request sample percuma klik kat sini yer sebelum 15 Julai 2013 :) 


Pelbagai jenis berus gigi yang sesuai untuk korang pilih :)


Korang dah dapatkan rawatan pergigian untuk tahun ni ? 


Tempahan NUTS BRITTLES HARI RAYA dibuka sekarang !

$
0
0


Email untuk harga special buat reader elissmie.com ! Berat 350 gram .
 Siapa cepat dia dapat stok terhad !

** HANYA  COD di UiTM Shah Alam dan Kawasan Bandar Bukit Raja sahaja !


Setiap kepingan nuts brittles mengandungi kekacang dibawah dan disaluti madu :-

 Almond (Badam)
Sunflower Seeds (Kuaci)
Biji labu
Biji bijan hitam


TESTIMONI pelanggan saya terdahulu  :-



Cepat tempah sekarang ! Tidak perlu bayar booking :)
Minggu terakhir puasa dapat :)


email me : elissmie [ at ] gmail [dot] com
Subject : Tempahan NutsBrittles Hari Raya


** HANYA  COD di UiTM Shah Alam dan Kawasan Bandar Bukit Raja sahaja !


My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef

Tak sangka mudah untuk muflis kan ?

$
0
0
Selalu kita dengar orang muflis ni kan. Tak sangka sebab hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan pun kita boleh jadi muflis.Paling mengejutkan, setiap tahun angka orang yang muflis atau bankrap ni makin meningkat. Korang boleh baca Infografik kat bawah ni ada berkaitan dengan fakta realiti kemuflisan di Malaysia.

Kemuflisan

Courtesy of: iMoney.my
Korang ada pengalaman berkaitan muflis ? Mohon share untuk kebaikan bersama .


Tiada lagi bil air percuma ?

$
0
0
Jangan buat spekulasi pulak. Kerajaan Negeri Selangor masih lagi memberikan air percuma 20m3 kepada penduduknya yang menggunakan meter individu . Tapi ni bil air rumah saya yang mana sudah melebihi penggunaan 20m3 sejak ada pertambahan ahli keluarga baru ni.



RM 1.25 ajer pun :p hihihi larikss..


Korang dapat bil air percuma ? 



Memang betul lah,barangan tupperware adalah lifetime warranty. 
Penutup asal warna biru telah terkoyak dan diganti baru oleh pihak tupperware.


Ukuran Kain Untuk Cadar Saiz Katil King

$
0
0
Hari tu jalan-jalan cuci mata ngan Ad kat Jakel Seksyen 7 Shah Alam. Konon-konon nak survey baju raya.Tengok tak berkenan sangat pun maklumlah masa tu belum gaji. hahaha. Tengok tak der perasaan jer la jawabnya. Then masuk lak kat ruangan cadar ni. Saya ni memang suka cadar-cadar yang cantik-cantik ni. Biasa beli jenis Akemi dan beli time offer ajer. Rupanya kat Jakel boleh tempah cadar untuk dijahit.


Ini ukuran kain yang diperlukan untuk cadar saiz king ajer.
Sebenarnya, tak der ukuran untuk saiz queen kat situ, kalau tak mesti saya snap.

Kain-kain kat sini RM16.90 semeter. Kalau nak buat cadar king fitted 2 bantal 4.5 meter = RM 76.05 . Kalau upah jahit lagi tak tahu lah berapa yer . Biasa saya beli dalam RM 70-80 jugak cadar king ni. Time offer dapatlah dalam RM50 ++.

Geram-geram tengok kain cadar belah sini pulak.


Close up sket. Saya memang suka yang belang-belang atau bunga-bunga pastel gitu.

Mak aih. Terpitam kejap. RM22.90 semeter. 
Kalau nak buat cadar king fitted 2 bantal 4.5 meter = RM 103.05 tak termasuk upah .

Tak reti jahit, beli ajer yang dah siap ni ada sales. RM 69.00

Yang ni lagi murah RM 49.00 ajer

Macam-macam ada.

Close up sket cadar yang saya berkenan. Bila nak pergi balik ntah.


Korang pernah buat cadar sendiri ? 


 p/s:

Saya dah pandai jahit tepi cadar, kalau nak hampar bodoh-bodoh macam tu boleh dah :p



Ikan Bakar dalam Pemanggang Tefal

$
0
0
Semalam terpaksa bercuti sebab my Nuha demam pulak tiba-tiba. Mungkin sebab jatuh tersembam depan pintu hari sebelum tu. Demam terkejut agaknya. Hari ni dah ok sket. Bukan saja-saja nak EL. Kita pun tak mahu anak sakit-sakit kan.


Ni sebenarnya nak test power Rempah Ikan Bakar yang saya beli untuk buat stok ramadhan yang bakal menjelma minggu depan. Biasa bulan puasa, memang boleh dikatakan mesti beli ikan bakar buat berbuka.Hari tu Long beli rempah ni dan kami rasa memang menepati piawaian tekak kitorang. So balik terengganu hari tu terus beli 5 bekas buat stok ramadhan.

RM 5 satu bekas ni. Kat situ tulis boleh buat sambal nasi lemak kalau suka. 
Rasa dia ada iras-iras resepi rempah Ikan Bakaryang saya dapat dari tokey Ikan Bakar kat Paka

 Tempat kami beli rempah tu  . Bahulu Seri Geliga, Kuala Kemaman. No telefon ada kat situ kalau nak . Kalau biasa ke Kuala Kemaman, lepas simpang tiga kalau masuk kot Masjid Geliga tu, amik belah kiri, jalan terus sampai jumpa macam hutan ke semak gitu, kedai ni kat belah kanan :p 

Saja buat bakar ala portugis gitu, letak bendi :p  Saya tak der pemanggang ajaib :p 
Pemanggang tefal yang banyak berbudi :) 

Kalau ikan besar ni, rempah tadi tu boleh guna 3 ekor ikan.

Ok siap ! Dah boleh makan. Licin la seekor ni 3 beranak makan  :p
 Makan pulak dengan nasi panas-panas.


Korang dah ready ker nak berpuasa ?



Mendapatkan zuriat dengan set kesuburan Shaklee

$
0
0
Semua pasangan yang berkahwin sememangnya mahukan zuriat. Itu fitrah kejadian manusia kan ? Antara perkara penting untuk mendapatkan zuriat adalah mengetahui cara mengira waktu subur wanita. Korang boleh baca artikel ini untuk Mengira Waktu Subur Wanita. 
 
Alhamdulillah, saya memang mempunyai period yang tetap dan memang tidak sukar untuk mendapatkan zuriat untuk kali pertama , siap bunting pelamin lagi . Tapi apabila sebelah tiub fallopio terpaksa dibuang akibat kehamilan luar rahim memang agak sukar untuk saya mendapatkan my Nayla .  Saya tak sangka rupanya Shaklee ada mengeluarkan Set Kesuburan bila terbaca di blog Kedai Vitamin. So kepada sesiapa yang mempunyai masalah kesuburan boleh dapatkan set ini.




Set Kesuburan Shaklee mengandungi GLA Complex, Vita-E Complex dan Zinc Complex.


GLA Complex
==========
Menyediakan keadaan yang sesuai untuk persenyawaan


Vita-E Complex  
=======
Wanita - Membantu menghasilkan ovum yang berkualiti tinggi
Lelaki - Menjadikan sperma aktif dan berkualiti tinggi


Zinc Complex 
====
Mengekalkan paras hormon testosteron pada tahap bersesuaian



Gabungan ketiga-tiga suplemen di atas akan meningkatkan kesuburan untuk memperolehi zuriat sendiri . Tapi yang paling penting, jaga hubungan kita dengan Allah dan mohon agar kita dikurniakan zuriat dan jangan mudah putus asa. Tak salah mencuba kan ?

 The mummy of two little princess . Alhamdulillah :)

Selain Set Kesuburan , terdapat lagi pelbagai pilihan untuk kesesuaian korang seperti dibawah ni :-

1) Set Breastfeeding
 http://kedaivitamin.com/set-breastfeeding-shaklee/

 2) Set Kecantikan
3) Set Ibu Mengandung 
 4) Set Bersalin 
http://kedaivitamin.com/set-bersalin-shaklee/ 

Kita akan berpuasa tak lama lagi kan. Set Mighty 3 Gem memang bagus lah sebagai persediaan untuk berpuasa nanti yang mana memberikan tenaga sepanjang berpuasa dan boleh menjalankan ibadah terawikh pula pada malam harinya . Set ini boleh diambil waktu bersahur.





Tak cukup budget? Jangan bimbang, pasti ada kombinasi supplement yang sesuai mengikut keperluan dan budget korang. Malah, dengan setiap pembelian, korang akan mendapat konsultasi secara PERCUMA sepanjang mengambil suplemen ini, lebih nilai untuk apa yang korang belanjakan bukan? 


Cepat berhubung terus dengan Nia untuk maklumat lanjut : -


1) SMS/Whatsapp Nia di 012-6614658 atau
2) PM di https://www.facebook.com/kedaivitamins  atau
3) Email ke kedai.vitamin@yahoo.com

Website : http://kedaivitamin.com/




Kot-kot lain kali korang nak beli barangan Shaklee ni, dan nak lebih mudah, korang boleh klik pada banner disidebar seperti kat atas ni jugak :)
  
p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu review yang bernilai RM20 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.

2 produk pertahanan diri yang kaum wanita perlu ada

$
0
0
Hari ni hati tertinggal dirumah. Memang ikut hati nak EL mengenangkan puteri kecil demam pulak gara-gara suntikan imunisasi 6 bulan. Suntikan imunisasi 5 bulan tak demam tapi suntikan 6 bulan pulak yang demam. Alahai.Hari ni dah beransur baik dan ceria seperti biasa dan harap-harapnya demam pergilah jauh-jauh....Semalam terpaksa tinggalkan dia sebab jadi trainer sistem dan mengajar dengan hati entah dimana-mana.


 Ummi, no camera plz :p



Hari tu masa pergi beli barang kat Giant Seksyen 7 Shah Alam, terpandang 2 produk pertahanan diri yang saya rasa bagus untuk dikongsikan terutama untuk kaum wanita yang langsung tiada asas pertahanan diri ataupun yang jenis selalu keluar kemana-mana bersendirian. Saya pun tiada asas pertahanan diri . Dulu masa kat matrik sempat belajar asas ajer dalam silat iaitu silat olahraga. hehehe

Produk pertama adalah pepper spray atau spray lada hitam. Buat pedih mata orang yang cuba nak buat apa-apa kat kita la kan .



 Tapi harganya mak aih RM39.99. Senang cerita RM40 lah.
Lada hitam berkilo-kilo boleh beli agaknya ni :p

 Produk kedua adalah alarm key.

 Yang ni pulak berharga RM29.99 atau RM30 lah senang ceritakan.

 Korang pernah tahu pasal produk pertahanan diri yang lain dipasaran ?

p/s:

Kenapa harga produk-produk ni mahal yer ? Mungkin sebab tiada persaingan gamaknya kan tapi nyawa kita memang tidak boleh dibeli kan, mungkin berbaloi untuk dimiliki.


Suntikan Imunisasi 6 Bulan & Solid Food Nayla yang pertama

$
0
0
Selamat Berpuasa semua ! Semalam terpaksa EL sebab my Nayla kena campak pulak. Habis merah bintik-bintik satu badan.Risau jugak takut denggi. Doktor pun risau so buat ujian darah bacaan platlet ok.Doktor cakap demam viral ajer. Syukur Alhamdulillah.

Hari Sabtu lepas sekali lagi ke Klinik Ajwa, Seksyen 7 untuk mengambil suntikan imunisasi untuk 6 bulan. Masa tu badan dia dah dedar-dedar tapi bila check suhu, tak demam pun. So doktor teruskan untuk timbang dan cucuk.Cucuk kali ni dengan doktor lelaki yang muda lagi.

Harus posing dengan mangsa keadaan dulu :)

My Nuha pun join sekali posing, tadi dia yang snap.

Steady lagi masa timbang even masih ni dia dah start cranky.


Berat tak sampai 6 kilogram lagi. Cuma 5.6 kilogram sahaja. 
Ok la, ada pertambahan berat sebanyak 0.3 kilogram :p


Tengok nurse terus muka cuak dan lepas tu menangis sebelum cucuk. Saya terpaksa amik dan tenangkan kejap then doktor sambung tugas. 




Terpaksa saya yang pegang lepas tu sebab dia dah kenal orang.
Sorry tak nampak muka doktor lelaki yang muda tu :p keh keh keh
Bulan-bulan puasa harus kurangkan kontroversi.

 

Ala siannya...Lepas saya amik tu terus diam ajer sebenarnya. Lebih takut doktor itu dari jarum :p

Terima kasih doktor bertugas 1 :)


My hubby punya kerja la ni. Ni motor doktor yang bertugas 1 tadi :p


Bila My Nayla dah nak masuk ajer 6 bulan, saya terus beli satu blender baru untuk My Nayla. Beli blender tambahan ajer pun RM30 kat Giant.Nasib baik jenama pensonic memang ada jual bekas dia ajer. Tak mampu nak beli Baby Bullet kekdahnya. Dan beli bekas kecil-kecil tu sebab tak jumpa ice tray yang ada penutup. Mangkuk dan sudu pun harus beli baru. Mode teruja.

Solid food chart [sumber sini ] untuk my Nayla awal-awal lagi dah lekat kat peti ais. Semangat sangat.


Hari pertama saya buat puree epal . Resepi semua dah tahu kan. Saya cuma rebus dengan sedikit air dan blend sampai halus. Siap rasa ok .Sedap sangat. hahaha. Eh bulan puasa tak der orang terliur dengan makanan bayi kan ? Ker ada? hahahaha

Konon nak buat 4 days rules tapi epal fiji ni macam masam sket so esoknya saya buat puree pear.

Pear yang jadi puree hari keduanya.


Dah ready untuk difrozenkan.

Kalau tak dapat balik beraya, boleh send mohon maaf kat sini dan menang hadiah :)
 Tinggal 2 pear dan 3 epal fiji lagi dalam stok.
Frozen puree seeloknya disimpan paling maksimum 3 bulan . Tapi boleh simpan sampai 6 bulan.[ baca sini]

Ni kali pertama suap epal yang dirasmikan oleh My Nuha. Moga2 dia suka makan macam kakak dia .

Muka tak der perasaan. Sedap ker tak, tak tahulah :p

Dia tak berapa suka sebab mungkin masam sket , lepas tu saya masukkan susu baru laju sket makan.


Ni puree pear pulak.

Yang ni memang dia suka makan. Ni gambar kali kedua dah sebenarnya dia makan pear ni dan memang dia suka. Setiap bekas tu saya letak dalam 6 sudu ajer pureenya dan tinggal sket jer tak abes :p

Sayang, semoga membesar dengan sihat dan cergas yer :)

Sekarang dah kenal orang , bergolek berpusing dan merata-rata dan tengah bekerja keras angkat dada dan montot , harap-harap lepas ni merangkak. Kalau ikut sejarah my Nuha tak merangkak, terus duduk dan bangun. hehehe.

p/s: 

Sorry terpanjang entry hari ni sebab balas dendam 2 kali minggu ni tak update belog ;p



Cek Nuffnang ke 12 , Kadar bayaran parking DEMC dan Koleksi Terbaru FM

$
0
0
Hari Jumaat dah hari ni. Kejap pulak masa berlalu sebab 2 hari tak duk dalam ofiz kekdahnya gitu kan. Hari ni entry random ajer. Hari ni nak tayang cek Nuffnang yang saya terima bulan lepas. Harus diabadikan dalam blog kan sebagai pencapaian yang tidak seberapa dan berkongsi rezeki gitu.




Ni lah ceknya. Seperti biasa terbuka kepada follower elissmie atau pun G + follower sahaja ( klik ajer Join This Site atau Add to circle kat sidebar yer bagi yang belum dan ingin meneka yer ) . Siapa yang berjaya meneka dengan tepat akan menerima satu Fridge Magnet tapi tak tahu lagi Fridge Magnet apa , mungkin UiTM lah kot. Hint : Amaun kali ni lebih sket ajer dari biasa-biasa . Bagi yang pernah meneka mesti tahu amaun saya berapa jer pun kan . Berapa banyak tekaan pun boleh tapi sekali komen sekali tekaan ajer. Bila dah ada yang berjaya meneka dengan tepat tetapi ramai pulak yang betul mr random akan pilihkan pemenang. Tekaan ditutup sebelum 12.00 tengah malam 14/ 7/ 2013.

Kalau pergi DEMC memang saya parking kat dalam sebab kat luar tu biasanya penuh dan berlumpur sebab depan DEMC ada bangunan dalam pembinaan.

 Ini kadar bayaran yang dikenakan untuk rujukan korang kalau kesana. Harap-harap pergi melawat ajer jangan masuk hospital yer :) *Klik untuk pembesaran berganda


 Ini koleksi FM yang terbaru . Personalized FM yang saya tempah hari tu. Dah selamat sampai dan sangat berpuas hati. Yeay !


Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA untuk HARI RAYA nanti , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam sambil-sambil tunggu waktu berbuka tu . [ klik laju-laju]


Pemenang Teka Cek Nuffnang dan Fridge Magnet Langkawi

$
0
0


Ini jumlahnya. Pencapaian tertinggi setakat ni atau sebenarnya tak perasan nak cash out.hehehe. Tak banyak mana pun tapi bersyukur jugak tampung yang mana kurang kan.

RM 200.22

Pemenang yang paling tepat dengan tekaan RM200.


{ MamaSue }


p/s :

Sue, nanti saya balik raya terengganu, saya cari FM dari Terengganu yer sebabnya Sue ni adalah rakan seofiz kan. Tak kan nak bagi FM UiTM ;p



FM langkawi Long bagi time dia pi Langkawi 2 minggu lepas. Tq :)
 Bertambah koleksi FM langkawi kepada 3 :) 



Bulan ramadhan ni JJCM @ elissmie.com dihentikan seketika yer . Kita bawak masuk segmen baru iaitusatu hari satu gadget di dapur @ elissmie :p 


Hari ni nak tayang mould atau acuan agar-agar yang saya ada. Bentuk bintang dan cengkerang beli kat Checkers Shah Alam. 
Murah harganya cuma RM2.50 untuk sepuluh acuan setiap satu :) 
Petang ni nak buat lagi sekali Agar-agar santan rasanya...Beli kat pasar ramadhan RM 2 5 ketul cinonet ajer.Alahai...



Pengalaman potong rambut anak-anak di Hair Salon

$
0
0
Ini pengalaman kali pertama bawak anak-anak potong rambut di Salon. Kali pertama diorang potong rambut adalah pada majlis cukur jambul diorang ajer. My Nuha lah beriya sangat nak potong rambut pendek sebab tengok rambut saya pendek hari tu.


Kali ni kami pergi kat Seksyen 7 iaitu Ain Salon. Kat situ banyak rupanya salon gunting rambut tapi Ain Salon ajer yang beroperasi setiap hari. So kami terjah ke situ.

Deko dalam kedai. Simple ajer dan menarik.

Rambut Nuha tengah cuci sebab berminyak pakai minyak zaitun.

Adik punya turn memang hazab. Sepanjang2 gunting rambut nangis meraung mungkin trauma kena cucuk. Nasib baik tak demam.


Menangis macam nak terkeluar anak tekak gitu :p
Memang mencabar keimanan nasib baik adik ni sabar :p

 Dah ready nak kena potong. Adik tu siap cakap sayang nak potong rambut Nuha sebab rambut Nuha wawwy gitu kat belakang kan.. Tengok saya kat belakang tu, terpaksa berdiri pulak

Tengok kat belakang.Duduk pulak kat sofa untuk guntingkan rambut dia. Last-last dia tertido. Baru aman adik tu nak guntingkan.

Kenangan sebelum kena potong rambut wawwy dia tu :p Bila kering hazab macam Hantu kak Limah

Muka my Nuha masam ajer sepanjang2 sessi gunting rambut tu padahal hari2 zikir kat telinga bila nak gi gunting rambut sampai naik fenen kepala mak. hahaha. stress ;p

 

Dah siap..My Nayla punya tak siap-siap lagi kat belakang tu.

Bye-bye rambut  panjang

New image my Nuha :)


Perasan habis siap suh panggil dia Mia Sara. Rupanya dia request nak potong macam mia kat adik tu :p

Yang kelakar masa lepas mandi menangis sebab rambut dah tak jadi macam Mia sebab masih belum kering. Esoknya nak gi sekolah, siap tak nak mandi basuh rambut lagi. hahaha.Sabar jerr la..Kena marah kat mak, baru cepat2 masuk bilik air mandi balik.



My Nayla New image. hahaha. Kelakar habis muka dia. Tak kisah la janji dapat potong sebab rambut dia dah jadi caca merba lepas cukur jambul hari tu. hahaha. My hubby cakap macam Abu Bakar Ellah. Saya cakap Temenggung Jugah :p hahahaha
My cute little Temenggung Jugah .


Dah muka macam laki pulak :p

Total Burst : RM18 sahaja. RM10 my Nuha & RM 8 my Nayla

Korang pernah potong rambut anak -anak di Hair Salon ? 




AIN SALON,
AINIS BEAUTY & HAIR DRESSING
YG 17,BLOK F,TINGKAT BAWAH,
 JALAN PLUMBUM Y7/Y SEKSYEN 7 , 
40400 Shah Alam, Malaysia 
Tel : 017-315 0864


Barang elektrik baru untuk raya dari Sony, klik laju-laju.  



Zakat fitrah , Agar-agar santan kopi dan Kurma Amina

$
0
0
Tahun ni , pertama kali my hubby bayar zakat fitrah untuk 4 orang pulak. Semoga amalan kami diterima Allah sepanjang Ramadhan ni. Amin. Korang dah bayar ker?


Bagi negeri Selangor, kadar zakat fitrah RM7.00 . Kadar fidyah RM1.80



 Bagi negeri lain, boleh la rujuk sini.


Buat warga UiTM Shah Alam, boleh la membayarnya di kaunter zakat yang dibuka diatas.
Bukan setakat zakat fitrah tapi zakat harta ( zakat simpanan, zakat kwps, zakat emas, zakat perak), bayaran fidyah dan sumbangan sedekah. 


 
Agar-agar santan kopi { Resepi disini }
Ni juadah saya buat untuk berbuka kelmarin. Semalam ada lagi balance tapi yang dalam loyang punya. 



Kurma pilihan sebelum berbuka yang my hubby beli. Kurma Amina keluaran Yusuf Taiyoob.

  p/s: 




Baju raya tahun ini, tema peach . Korang pulak?

$
0
0
Tahun lepas tema kami anak beranak adalah turquoise .Tahun ni selepas ditimbang tara, mesyuarat memutuskan untuk memilih warna tema peach sebagai warna tema raya 2013. Tahun ni saya nak pakai kurung biasa ajer kot dan nak nak plain ajer.



Yang ni mahal sangat harganya RM 400 tapi kalau beli direct dari Jakel rasanya boleh murah sket kan . 




Tapi peplum warna peach pun cantik-cantik jugak kan tapi untuk saya rasanya kurang sesuai lah ;p


credit to here


Untuk anak-anak saya nak cari yang berbunga sket . Tak mo la plain plain untuk lebih ceria kan. Kalau boleh adik dan kakak nak sedondon kan . Alahai mesti sweet kan :)

credit to here



Untuk my hubby lak,  Sayang , jom kita beli baju melayu aaron aziz ni. hahaha. Tengok kat banner jakel tu katanya harga serendah RM89.00 dan percuma sampin songket tapi tengok sampin yang Aaron Aziz pakai tu rasanya ribu-ribu harganya tengok kat jakel hari tu :p yang percuma sampin songket tu tak tahu la yang mana kan.

credit to here

Korang dah shopping ker untuk hari raya ?


p/s:

Shopping-shopping jugak tapi masih ada orang kat malaysia ni yang tak makan tau

Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah untuk fakir miskin Kudat Sabah
Bank in kepada : Tuan Haji Md Idris Haji Abdullah  Maybank Berhad 164 098 445 317
Ustaz ni adalah Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM. Dia kata kalau boleh derma RM100 sebab itu jumlah yang dia nak bagi setiap keluarga ( 100 keluarga semuanya) tapi kalau RM1 pun dia terima jer..
email beliau sekiranya sudah memasukkan wang dan cakap untuk tujuan apa ( Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah ) mewakilkan beliau. email  : idris962@salam.uitm.edu.my

Macam mana anak korang boleh ubah korang, cerita kat sini dan menang hadiah :) #DrypersMY

Jom dapatkan Photo Magnet Sempena Hari Raya nanti

$
0
0
Puasa pun tak habis lagi kan dah sebut-sebut pasal raya . Dah siap ker semua persiapan raya tu semua ? Saya mungkin hujung minggu ni atau minggu depan baru nak pergi shopping. Korang ingat tak pasal personalized fridge magnet yang saya buat hari tu ? Kalau korang nak buat jugak, ni nak tunjuk kat mana korang boleh buat tempahan photo magnet tu dengan kos yang lebih berbaloi.


Rugi kalau tak buat kan. Gambar ni kalau duk terperap ajer dalam album atau paling teruk dalam pendrive, hardisk ker tu tak guna .Ni disamping mencantikkan peti ais, boleh tengok kenangan waktu hari raya gitu. Photo magnet ni menggunakan kertas gambar serta magnet yang berkualiti tinggi,tahan lasak serta kalis air korang tau !

Saiz photo magnet 10 x 7 cm 

2 KEPING - RM 7 Sekeping 
4 & KEATAS = RM 5 Sekeping
12 & KEATAS = RM 4.50 Sekeping


Jom kita tengok contoh photo magnet kat bawah ni :- 


 Masa raya nanti korang amik la gambar cun-cun dan order terus photo magnet ni kan.


 Design boleh buat sendiri atau diorang yang buatkan untuk kita.


Sebenarnya bukan sahaja untuk hari raya nanti, untuk hari apa pun boleh tau contohnya hari guru ni. 

Nak buat untuk majlis hari jadi pun boleh jugak ni sebagai cenderahati kan. Unik gitu :)
Ni nak raya, korang boleh jadikan sebagai kad raya jugak kan :) Kiranya kad raya versi photo magnet , so orang tak akan buang kad tu kan :) Boleh buat tampal peti ais. Jangan lupa hantar kat saya satu tau :)


 Ni saya punya photo magnet , korang jangan dengki yer. 
[ kalau nak design sendiri boleh guna idea saya - klik sini ]


Dapatkan photo magnet anda sekarang  !Tak perlu tunggu lagi !
 
 Boleh berhubung terus dengan Jue yer :)


SMS or Whatsapp  :  019-2880276 / 019-3618652
http://gallery-annafauzie.blogspot.com/
email : loveannajueanna@gmail.com





Kot-kot lain kali korang nak beli photo magnet ni dan pelbagai lagi produk lain seperti personal photo calendar, woodern clock dan sebagainya , dan nak lebih mudah, korang boleh klik pada banner disidebar seperti kat atas ni jugak :)


* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here? 
p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu review yang bernilai RM20 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.

Bergambar dengan Aaron Aziz @ Jakel Seksyen 7 Shah Alam dan borong sakan di GM Klang

$
0
0
Tajuk entry macam beritma gitu kan. Ini semua poyo :p Settle sudah shopping raya kami untuk tahun 2013 ni. Tak der lah susah nak cari baju macam tahun lepas . Tinggal kasut raya ajer belum beli untuk my Nuha dan Nayla. Raya ni sebenarnya persiapan lebih kepada anak-anak.Cukup lah sepasang baju kurung untuk saya dan baju melayu untuk hubby. Hari seterusnya pakai ajer yang mana ada kan. Sunat berpakaian yang paling baik untuk hari raya pertama ajer bukan 30 hari :p 


Akhirnya my hubby ajak ke Jakel untuk beli baju melayu Aaron Aziz petang sabtu lepas. Dan tak sangka dapat jumpa Aaron Aziz sekali lagi. Kali ni dah tak segan dah bergambar sebabnya hari tu kan dah menyesal tak  sudah tak bergambar dengan Aaron Aziz kan. So inilah gambar saya bersama Aaron Aziz.

 Scroll down plz


 -






  -





  -




  -




 -




 -







Masukkan effect suspen disini :p






Patung Aaron Aziz jer pun. Bersepah dalam Jakel. hiks :p Jangan marah-marah puasa yer. hiks 
p/s: Sebenarnya. Hari Ahad tu memang ada Aaron Aziz tau datang kat Jakel. Rugi mak nyah pergi hari sabtu. hahaha

Yang cutting Aaron aziz ni tak der label Aaron Aziz

Kat situ baju melayu dari serendah RM 89 hingga RM 200++
Percuma sampin bernilai RM39
 Yang ni my hubby punya siap ada tulisan kat kotak dan kolar tertulis Aaron Aziz gitu :p

 Closed up sket. Hubby cakap dia nak cabut label ni letak kat dada.
Baru orang tahu pakai baju melayu Aaron katanya. kah kah kah 


Esoknya kami meneruskan misi mencari baju raya untuk saya dan anak-anak pulak. Kami pilih GM Klang sebagai lokasi shopping sebab nak beli baju basahan untuk my Nuha sekali. Tapi sebab pergi lewat rasa tak puas shopping . Nak kena datang lagi sekali. Plz sayang ;p Rayuan di blog :p

Ini lah baju hari raya kitorang tapi tudung tu rasa macam serabut pulak dengan baju saya tu. Nak kena pi beli tudung baru kah? hehehe. My Nuha dan Nayla dapat betul-betul sedondon .Suka sangat :) Mula-mula ingat nak beli kan dia peplum kurung tu tapi tak der saiz utuk my Nayla. Yang ni baju kurung Lycra. 

Rompers, topi dan black dress untuk my Nayla 


 Yang ni untuk my Nuha. Borong tshirt polo dress tu 3 helai dan satu dress zara kids.


Korang dah buat persiapan untuk hari raya ? 


p/s : 

Shopping-shopping jugak tapi masih ada orang kat malaysia ni yang tak makan tau

Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah untuk fakir miskin Kudat Sabah
Bank in kepada : Tuan Haji Md Idris Haji Abdullah  Maybank Berhad 164 098 445 317
Ustaz ni adalah Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM. Dia kata kalau boleh derma RM100 sebab itu jumlah yang dia nak bagi setiap keluarga ( 100 keluarga semuanya) tapi kalau RM1 pun dia terima jer..
email beliau sekiranya sudah memasukkan wang dan cakap untuk tujuan apa ( Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah ) mewakilkan beliau. email  : idris962@salam.uitm.edu.my

Eyriqazz yang mengidam, saya yang dapat makan | Mee Rebus Terengganu untuk sahur

$
0
0
Hari tu terbaca entry Eyriqazz yang dia rindu nak makan Mee Rebus Terengganu mak dia di kampung untuk berbuka .Saya pun jadi terliur sama. Tapi saya ni jenis berbuka dengan nasi, so saya cadang nak buat Mee Rebus Terengganu [Resepi disini] untuk bersahur. Hari yang ditunggu telah tiba. Malam tu saya prepare bahan-bahan untuk buat stok ayam dan tumis terus bahan-bahan yang ada.Cuma tak masukkan mee ajer sebab saya prepare sebelum tidur. So masa sahur just masukkan mee dan panaskan serta masukkan telur sebagai tambahan.  


 Bahan-bahan yang simple ajer.


Tadda..Siap. Jangan terliur pulak yer. Kalau terliur , buat lah menu yang ringkas ni untuk sahur.
Saya memang suka perah sedikit limau dan kalau ada cili kicap ker lada jeruk ker memang terangkat habis la. Hubby pulak suka tuang sos cili dalam mee rebus dan dipatah-patahkan keropok keping. Alamak sendiri taip sendiri terliur ni acaner ?

Macam mana anak korang ubah hidup anda. Hantar cerita dan sini dan menang hadiah RM12K  

Korang suka makan apa time bersahur ? Jangan lupa cuba mee rebus terengganu yer :)



Ni Puding Roti Karamel [resepi sini] yang saya buat minggu lepas. Saya sorang ajer makan so saya makan ulang-ulang. Tak perlu beli kat pasar ramadhan yang saya tengok slice RM2- RM2.50. Tidak berbaloi lah !

p/s:

Ini segmen Jom Masak @ elissmie.com



Viewing all 695 articles
Browse latest View live