Quantcast
Channel: Programmer by day | Lifestyle Bloggger
Viewing all 695 articles
Browse latest View live

NUTS BRITTLES @ CRAZIE NUTZ kini di elissmie.com ?

$
0
0
Hari ni nak promote satu produk kekacang iaitu Nuts Brittles @ Crazie Nutz yang  mengandungi pelbagai jenis kekacang berikut :- 

Almond (Badam)
Sunflower Seeds (Kuaci)
Biji labu
Biji bijan hitam




Memang kita sedia maklum kan, kacang adalah salah satu sumber protein kan. Siapa yang memang suka makan kacang boleh cuba satu balang. Confirm tak cukup lepas ni :) Memang saya dan hubby sudah jatuh cinta dengan Nuts Brittles ni masa gigitan pertama, sesuai sekali dengan motto produk ni Love at first bite . Jaminan sedap 100 % . Kalau tak sedap , saya takkan promote punya . Tengok gambar pun menggiurkan bukan ?

Korang dah pernah cuba Nuts Brittles @ Crazie Nutz ni ?


p / s : 

Buat masa sekarang saya tidak membuat penghantaran melalui pos 
hanya COD di UiTM Shah Alam dan Kawasan Bandar Bukit Raja sahaja !


Email untuk harga special buat reader elissmie.com ! Berat 350 gram . 


email me : elissmie [ at ] gmail [dot] com
Subject : Tempahan NutsBrittles


My Nuha | Aku Bukan Chef

Sup Sirip Yu @ Restoren Mohd Chan, pertama kali cuba :)

$
0
0
JJCM @ elissmie kali ni adalah disponsor oleh my hubby yang mana meraikan naik pangkatnya hari tu. Asyik tertangguh ajer sebab my Long asyik la ada hal setiap kali weekend. So weekend lepas diorang datang so boleh la kita JJCM @ elissmie yer :) Restoren Mohd Chan lokasi yang dipilih kali ini , tapi plan asal nak tray Adam Lai tapi malam tu tengok dari tepi jalan full house, terus tukar plan. Ni kali kedua kami ke Restoren Mohd Chan. [kali pertama entry ini ]


Tayang muka orang yang sponsor dinner :)

My Nuha dengan Mak Long comel dia :)
Alahai , wajah empunya blog tadak pun :p
 My Nayla tidur kat dalam carier seat.
 Alhamdulillah, aman Ummi nak santap nak. Sampai sudah dia tidur.

Selamat tinggal rambut bermasalah , saya dah jumpa #SunsilkSmoothManageable kat sini....




Tengok buku menu dulu. Semua jenis masakan ketam. Tak order pun, leceh :p


Ikan Siakap dan semua jenis masakan siakap.


Starter Dimsum Chicken dan Mushroom. 3 ketul RM 3.80


Stim Siakap Teow Chew Style RM 38


"Seong Tong" Lala , Lala masak halia kot :p RM 20



Ni yang special, Sup Sirip Yu. Sedap, boleh dicuba lagi pasni.
Semangkuk besar boleh makan 6-7 orang semangkuk. RM20



Sotong Salted Special RM20




Kacang botor masak daging kisar RM 13

Malam tu saya minum Ribena Laici RM 4.50

Grand Total : RM 143.20

Korang pernah tak makan Sup Sirip Yu?

Mohd Chan Abdullah
33 & 35 Jalan Utas B 15/b,
Seksyen 15, 40000 Shah Alam , Selangor
No Tel : 03-5511 8228


My Nuha | Aku Bukan Chef

Potongan rambut pendek untuk wanita habis pantang 100 hari

$
0
0
Hari ni my Nayla dah berusia 106 hari ( batuk ) . Hahahaha .Masih pantang yang satu tu ( batuk lagi ) Kira baru habis pantang lah jugak kan. Ni tak tahu lah mitos ker haper, masa My Nuha dulu dia start ajer menyembur , habis rambut saya gugur. My Nayla pun nampaknya ada gaya nak menyembur tu sebab dia dah start buat buih. So, weekend hari tu manja-manja sket dengan hubby suh bawakan ke saloon.Dia pun sebenarnya tension jugak kalau rambut start gugur ni sebab dia yang sapu rumah kan ( hahaha. kantoi, isteri tak sapu rumah :p)


Kami ke Kelly Hairstyle Saloon kat area rumah saya ni. Ni saloon unisex sebab masa saya datang tu ada pelanggan lelaki dalam tu. Pekerja dia tengok semuanya wanita. Itu ajer pun saloon dekat dengan rumah saya dan buka pada hari Ahad. Senang la sket kan.

Jom kita tengok potongan rambut pendek dan style rambut untuk wanita tahun 2013 ni :-



Potongan 1


Potongan 2


Potongan 3

 
Potongan 4


Potongan 5.


Yang mana satu korang berkenan ?

p/s:

Potongan rambut yang saya pilih adalah potongan 4. Saya suka ikat rambut so saya suh jugak amoi tu potong pendek tapi still boleh ikat. Pendek tapi still boleh ikat. Lepas potong rambut ringan kepala. Saya memang recommend kedai ni walaupun unisex saloon , tapi bila saya cakap nak potong rambut dalam tabir tu, dia turutkan saja. Mungkin dah ramai pelanggan beragama Islam datang kat situ so dia dah tahu dah. Potong rambut RM20 sebab rambut saya panjang sangat katanya.hahaha. Hampir 3-4 tahun tak potong rambut kot :p



 Kelly Hairstyle Saloon
No 16 Jalan Zapin 1A, Bandar Bukit Raja,
41050 Klang, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 3081 3919
Kelly 014.666 3933
Waktu Operasi : Selasa hingga Ahad ( Isnin Tutup)
 

Programmer pun buat kerja pengkeranian tau, bukan cikgu sahaja :p

$
0
0
Bukan cikgu jer Am kena buat kerja pengkeranian, programmer pun kena jugak . hahahaha. Hari ni hari kedua kursus joomla. Bestnya kalau ada hosting sendiri, boleh praktiskan ilmu hari ni. Ada orang nak sponsor hosting ker ? ( batuk sambil jeling eyriqazz)  hahaha


Nasib baik mesin fotostat canggih ni boleh terus stappler dokumen yang difotostat...

Esok ada User Acceptance Test (UAT) utk sistem yang aku bangunkan tahun lepas ;p
 Berjaman baru nak UAT.


Setengah jam jugak saya melangut depan mesin fotostat :p

Selamat tinggal rambut bermasalah..Klik sini untuk penyelesaiannya... 


Diakhiri dengan kartun kegemaran my Nuha, Chibi Maruko Chan ! #aptb

Korang pernah buat kerja pengkeranian ?



My Nuha | Aku Bukan Chef

Yang best sekali , programmer pun boleh claim kasut :p

$
0
0
Ini kesinambungan entry semalam lah. Walaupun menjalankan tugas-tugas pengkeranian sebagai salah satu tugas, kami pun diberi peruntukan untuk shopping kasut sebanyak RM300 dan baju uniform 3 pasang. hahahaha .Syarat untuk kasut adalah kasut hitam dan bertutup serta tidak melebihi RM150 sepasang ( kalau lebih tambah duit sendiri kalau kurang rugi duit :p )

Makanya, hari ini adalah misi mencari kasut. Pencarian kasut di AEON Bukit Raja , ada sales 15% sempena hari ibu .Yang bukan ibu pun  boleh menikmati sales ini. Oh tersilap info, rupanya bulan member, bukan hari ibu sampai 1 April.Satu ajer kasut yang berkenan dijumpai dengan bajet yang terover sedikit...



Pelbagai pilihan kasut menarik yang ada tapi memang tak der lah yang ngam-ngam RM150. Terlebih atau terkurang. Pilihlah sendiri ;p




Tayang-tayang kaki dulu . Terima kasih kepada model kaki tidak berbayar :p
Kasut saya yang berkenan tu yang berkilat ada riben tu tapi tinggal yang display ajer dan loose sket :((



So saya pilih yang ini. Ini kasut saya, comel bukan ?



 Korang boleh claim kasut ? hahahaha . Berlagak ! #aptb




Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  
Hantar ke 39111[klik]
 
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]

Pencarian Kasut Kedua, Kasut Pengawas dan FM Bandung

$
0
0
Akhirnya pencarian kasut kedua berakhir di Plaza Alam Sentral. Nak cari kasut yang harga kurang RM150,  sekali semua kedai tengah buat sales. Kasut yang harga RM100 pun boleh dapat RM50. Tension pun ada. hahahaha. Berlagak ! Last- last tadak pilihan , saya pilih jer la kasut yang ni.

Macam kasut pengawas kan ? Belasah jer lah.Nostalgianya :)
Saya pernah jadi pengawas sekolah masa sekolah rendah dan sekolah menengah.


Korang pernah jadi pengawas sekolah ?


Ni ole-ole dari Bandung yang Ngah saya bagi, baru balik bercuti dengan family dia kat sana.

Request FM siap-siap dari Bandung :)


Koleksi terkini FM saya :) yeehaa...


My Nuha | Aku Bukan Chef

Jeruk Madu Pak Ali dan hadiah barangan comel Daiso

$
0
0
Ni iklan tidak berbayar.  Korang dah pernah try Jeruk Madu Pak Ali tak ? Kalau tak pernah , boleh terus contact Niza The Kancil Biru untuk urusan pembelian. Yang best pasal jeruk ini adalah dia guna gula pasir, air tapis dan dimasak didih 100 °C dan cuka epal. Jeruk ni tak sama dengan jeruk penang yang korang biasa makan tu yang boleh buat batuk-batuk perit-perit tekak tu tau. Air jeruk dia pun boleh minum sebagai jus wehh...



Ini saya punya jeruk :) Jeruk campuran dan jeruk salak

Terima kasih Niza :)


Korang dah pernah try Jeruk Madu Pak Ali tak ?
 

Jom menayang hadiah giveaway yang diterima dari  Asmah, http://mystrawberi.blogspot.com

Kotak polka dot , lunch box dan cucuk buah tu :)

 Testing cucuk buah pir :p Tu jer buah yang ada stok dalam peti. hahaha


Terima kasih yer Asmah :)



Beli majalah keluarga percuma Maggi Magic Meals

$
0
0



Bab-bab percuma memang pantang. Dah beranak dua, majalah keluarga lebih sinonim kot. Dulu masa anak pertama, selalu beli majalah pa & ma tapi bila 2-3 bulan beli ni rasa macam artikel tu pernah baca pulak.hahaha





Dapatkan sekarang ! Keluaran Mei 2013 untuk dapatkan percuma Maggi Magic Meals  :)

Ayam Kicap Berempah, nanti dah cuba saya tayang ok !


p/s:

Edisi Less Words @ elissmie.com


Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja seantero dunia :) 




 
 
My Nuha | Aku Bukan Chef

Dah tengok ke Iron Man 3 ? Semak Daftar Pemilih ?

$
0
0
Semangat nak tengok Iron Man 3 ni sebab malam tadi tengok marathon Iron Man dan Iron Man 3 kat channel DisneyXD . hahaha .Sayang , jom kita gi dating berdua bila balik terengganu nanti  tengok wayang kat Mesra Mall Kerteh konon-konon sempena sambutan hari ibu lah :) Tak sabar pulak nak balik kampung sempena PRU 13 ni nak pangkah mak cik memon :p





Korang dah tengok ke Iron Man 3  ? 
Trailer klik sini

Homedec @KLCC 1- 4 Mei ini ! 20K Daily Giveaway kauuu !




Jangan lupa semak daftar pemilih :)
Klik sini 
 
p/s:

Ini kali ketiga nak mengundi , harap dapat keistimewaan tak yah beratur panjang
sebab nak bawak my Nayla. hahahaha. keji :p Dulu mengundi masa mengandungkan Nuha , dapat cepat jugak...

My Nuha | Aku Bukan Chef

Beli online tudung Nur Kasih dan Kain Cotton Satin Border Lace ?

$
0
0
Lama dah tak cuci mata tengok tudung dan kain pasang online ni kan ? Maklumlah dah gaji ni kan, macam-macam duk aim dalam kepala ni . Biasalah kaum hawa namanya. Kaum adam duk senyap-senyap kat tepi tiang belah kanan tu, penuhkan duit dalam bank yer senang cerita masukkan ajer duit dalam bank yang ada online banking isterituuuu :)

Ok, sebelum melalut lebih kelaut, meh nak tayang koleksi tudung dan ada antaranya adalah tudung yang tersohor dari koleksi Nur Kasih dan kain pasang cotton satin border lace dari Koleksi Cinta Raff . Untuk pengetahuan korang semua, sekarang mereka tengah buat sales sampai hari raya tau !! Sebelum tu, jemput like dulu pada page facebook mereka ni kat sini yer [ KLIK SINI ]

Antara koleksi tudung Koleksi Cinta Raff :- 






Tak boleh tayang banyak-banyak , nanti rambang mata pulak kan :) Seterusnya, koleksi kain cotton satin border lace. Kalau korang nak tahu, kain ni boleh beli asing-asing atau sepasang. Samada korang nak kain cotton satin saja ker, atau kain lace saja jer .Semuanya bergantung kepada pilihan masing-masing.Wah, dah boleh beli dan tempah jahit untuk raya ni :) Tak lama sangat dah kan ?Harap-harap dah ganti puasa ;p

 

 KAIN COTTON SATIN + BORDER LACE

KAIN COTTON SATIN : 3.5 METER (BIDANG 60)
BORDER LACE : 1 METER (2 SIDE)

Cotton satin RM65 + free postage
Border lace RM35 + free postage

COMBO cotton satin+border lace RM90 free postage

Korang yang berminat untuk membuat pembelian, boleh berhubung terus dengan diorang guna HP/ email atau gunakan butang MESSAGE untuk sebarang pertanyaan atau membuat pesanan ok !

HP : 019-308 1825
Email : koleksicintaraff@gmail.com


Jangan lupa LIKE page Koleksi Cinta Raff yer :)


Korang suka tak beli  tudung atau kain pasang secara  online ?

* This is sticky note entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here?  

Siapa minat barangan Hello Kitty ?

$
0
0
Buka-buka email hari ni, tengok MyDeal ada jual barangan Hello Kitty. Teruja nak kliksebab saya dulu memang peminat barangan Hello Kitty. Ada lagi barang-barang Hello Kitty yang ada kat kampung tu macam musix box, lampu tidur, beg duit , patung dan baju pun ada.Nostalgianya :)

Korang pernah ada barangan Hello Kitty tak ?

Jom tengok barang MyDeal bertemakan Hello Kitty yang memikat hati ni :)


Table Mirror RM299

Tak der ker orang nak beli Galaxy S3 Mini ni untuk saya di hari ibu nanti :p


Bread Toaster RM 139


Table Light RM 39.90




Food Container RM 49.90


Toilet Seat Cover pun ada :p RM 59.90. Siapa nak potty training gegirl tu boleh la beli.

Barangan bertemakan Hello Kitty yang lain, korang boleh tengok sini :)

p/s :

Tak sabar nak balik mengundi esok. Doakan kami selamat pergi dan sampai. Rabu baru masuk kerja balik ..yeeehaaa !!! Ya Allah berikanlah Malaysia sebuah negara yang aman dan pemimpin yang menjalankan hukum mu atas muka bumi ini...

Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  
Hantar ke 39111[klik]
 
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]

My Nuha | Aku Bukan Chef

Pengalaman pertama mengundi guna dakwat tidak kekal, eh :p

$
0
0
Dakwat kekal sebenarnya kan. Mungkin lepas ni SPR kena tukar ajer nama sebagai tidak kekal. Senang. Tak payah gaduh-gaduh kan :p Pengalaman pertama, haruslah mengujakan. Tapi malam sebelum mengundi tu my Nayla tido pukul 4 pagi, semangat nak keluar mengundi awal terkubur begitu saja.

 Last-last pukul 1 tengah hari baru gerak ke pusat mengundi dari rumah MIL. Dengan panas terik sambil dukung Nayla sementara hubby cari parking, ada sorang akak ni payungkan saya. Dia kesian nengok saya dan Nayla terus bawak ke tempat mengundi. Tak sempat nak posing dalam kelas mengundi :p Mujur saluran saya tak de orang. Terus dapat masuk. Lega. Akak tu tolong pegangkan Nayla. Terima kasih la akak, semoga Allah balas jasa akak. Lupa tanya nama.


Sudah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.Masuk ni dah 3 kali mengundi. Pertama kali masa berusia 21 tahun , masih bergelar mahasiswa then masa mengandungkan My Nuha dan terkini dah melahirkan my Nayla :) Dekat kertas undi sepatutnya SPR tak perlu tulis no siri kan ? Dia tulis jer kat kertas undi saya tu, saya padam balik dengan pen :p Janganlah dikira sebagai undi rosak. Balik dari rumah mak saya barulah hubby pulak mengundi. Bagus jugak lewat-lewat ni, sebab petang-petang dah tak der orang dan tak perlu beratur panjang.

Tips PRU 14 : Pergilah mengundi lewat petang tapi sebelum jam 5 yer :) 



My hubby and me :)

 Peace !!
 

 Korang dah kali ke berapa mengundi ? 


My Nuha | Aku Bukan Chef

Ditimpa palang smart tag , Ulangtahun perkenalan ke 10 dan Koleksi FM terkini

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat :) Hari ni, pagi-pagi lagi dah trauma. Palang smart tag yang tak berapa nak smart tu menimpa atas cermin kereta. Padahal dah bunyi tet dan terpapar amaun pada skrin tepi tu.Kalau tak bayar memang munasabah la kan. Geram btol. Ni palang yang sama kami lalu hari tu. Hari tu dia naik separuh ajer, nasib baik lepas lalu. Kejadian berlaku di Tol Sg Rasau lorong smart tag kedua kiri dari arah Klang .Sila berhati-hati kawan-kawan. Bila lah tol ni nak dihapuskan ni.Ops.

Korang pernah kena timpa palang smart tag tak ?

 Hari ni genap 10 tahun perkenalan saya dan my hubby :) Selamat Ulangtahun perkenalan kita sayang. Semoga cinta kita terus utuh sampai ke syurga , amin :)


Ni maybe hadiah my hubby buat diri sendiri :p
 

Ni FM terkini yang saya dapat dari MamaTisya sebab main teka-teka kat blog dia :)
FM Melaka gitu :) FM Korea satu !! hahaha

Ni FM hubby beli kat Kemaman hari tu :) Tq dear.
Bukan hadiah ulangtahun perkenalan kan?


Koleksi terkini :) phewittt...


My Nayla dah 4 bulan 2 hari. Sekejap ajer masa berlalu, dia pun dah berisi :) Beza btol masa baru lahir dulu :) Dan pada PRU 13 hari tu dah tunjuk skill meniarap :) Tapi tak tersnap pulak momen tu :p  My Nuha dulu 3 bulan dah boleh meniarap [ entry ini ]



Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  
Hantar ke 39111[klik]
 
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]

Bersiaran dari Damansara Centre Point, Aaron Aziz jumpa tak?

$
0
0
Ad harap boleh jumpa Aaron Aziz macam hari tu :p Tapi nan hado :p

 

Skang tengah kursus Programming in Visual Basic with Microsoft® Visual Studio® 2010 @ Iverson dari Isnin sampai Jumaat.

Niza, kalau ko ada lagi di Shah Alam, confirm ko pun sama kena kursus kat sini seminggu :p




My Nuha | Aku Bukan Chef

Kuning siyyor bak kata Ustaz Azhar :)

$
0
0

Jom belajar cakap terengganu. Kuning Siyyor = Kuning sangat !!


Motor kesayangan Abah saya :)

Less words @ elissmie iols :p

p/s;

Day 3 @ Iverson, Centre Point Damansara - Programming in Visual Basic with Microsoft® Visual Studio® 2010

Tips of the day : Useful websites for programmer

Codeproject.com

&

Codeplex.com


My Nuha | Aku Bukan Chef



Selamat Hari Guru , Cikgu Eliss

$
0
0
Entry nostalgia hari ni. Masa tengah belajar kat UiTM Dungun dulu, saya pernah jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) masa cuti semester. Dapat lah duit poket sket kan sebab sebulan jugak jadi cikgu. Tak silap sehari dapat RM27 macam tu. Kebetulan pertengahan masa kerja tu  hari guru. So merasalah sambutan hari guru kat sekolah dan dapat hadiah dari murid-murid tahun 2 yang saya ajar tu sebab saya guru kelas. Darjah 4 pun ada saya ajar, ada jugak yang bagi.Seronok jugak dapat banyak hadiah walaupun kecil tapi besar nilainya bagi saya. Terharu pun ada sobss...Skang kalau jumpa dengan murid-murid saya dulu, ada yang still panggil saya cikgu :) Dah ting 5 diorang skang ni dan dah ada yang masuk universiti.
 
p/s:
 
Tapi lepas pengalaman jadi cikgu ni, saya terus tak minat nak jadi cikgu yang mana itulah cita-cita pertama saya. hahaha. Tapi kerja saya skang yang mana merupakan cita-cita saya jugak pulak dipengaruhi oleh cikgu saya jugak sebenarnya , Cikgu Zainab :) Guru komputer saya di MRYT-MRA Dungun dulu. Terima kasih cikgu !
 
 
 
Apapun, SELAMAT HARI GURU kepada semua guru saya :)Terima kasih untuk segalanya....
 
Korang pernah jadi cikgu ?


Day 4 @ Iverson, Centre Point Damansara - Programming in Visual Basic with Microsoft® Visual Studio® 2010

Tips of the day : Useful websites for programmer
MSDN

My Nuha | Aku Bukan Chef

Hadiah comel-comel @ Hadiah Ku ,Seksyen 7 Shah Alam

$
0
0
Dulu kedai ni nama dia lain. Sekarang dah tukar jadi Hadiahku. Selalu pergi sini beli barang comel-comel dengan harga yang berpatutan :) Skang lagi banyak barangan comel dan menarik boleh dapat kat sini. Ingat nak beli hadiah hari guru untuk cikgu my Nuha kat sini hari tu tapi sebab busy berulang alik Shah Alam -Damansara last week, terlupa nak pergi. Beli kat Giant Setia Alam jer hari tu hadiah untuk cikgu-cikgunya. Harap sudilah terima yer cikgu :) Terima kasih mendidik dan mengajar anak dara saya tu.

Ini lah kedainya...

 Macam-macam ada..
 Beg sekolah, alat tulis, sepit rambut , cekak rambut , tabung duit, teddy bear, frame gambar,
 mug , lanyard, key chain, sticker dan banyak lagi la hadiah yang comel-comel...

Jam dinding pun ada..


Ini hasil rembatan saya hari tu...


Korang suka masuk gift shop tak  ?



No. 21, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7,
40000, Shah Alam, Selangor. 
Tel 03-5523 1218. 


My Nuha | Aku Bukan Chef

Hadiah Hari Ibu Yang Tertunda

$
0
0
Kami tak sambut pun hari ibu tapi. Sekadar hadiah menggantikan beg lama yang dah buruk. Alasan beli beg baru gitu .Kebetulan ada sales kat The Store, terus apply member card untuk penjimatan berganda.hahaha. Jom tayang handbag baru. Jenama kegemaran my bonda, Rucini.

Terima kasih my dear hubby , saya cinta awak dunia akhirat
Beg warna yahudi mabuk kata dia...sabar jer la :p
 Harga dia nak sama harga beg kat fb belakang [ Amanda Shoppink]  tapi tak puas hati kalau tak boleh rasa ramas-ramas beg sebelum beli.


Kad Hari Ibu dan sekuntum bunga ros , my Nuha buat kat sekolah.Terharu..sobss
Terima kasih cikgu, susah-susah :)



Terima kasih my dear Nuha :* , Ummi sayang awak dunia dan akhirat

Yang kecik yang sibuk meniarap tengah-tengah malam dan minta bantuan bila tak boleh berbalik balik :p My Nayla, sayang awak dunia dan akhirat jugak !
Sudah 4 bulan 2 minggu :)

Korang ada dapat hadiah sempena hari ibu ?


My Nuha | Aku Bukan Chef

American Fried Rice @ Black Canyon ,Centre Point Damansara

$
0
0
Hari ni JJCM @ elissmie.com bawak korang lunch di Black Canyon, Centre Point Damansara. Sebenarnya ni lunch masa training kat Damansara hari tu. Hari tu tekak rasa nak makan nasi, so saya order American Fried Rice. Amerikaaa sangat kan . Ad pulak order Tom Yum Kuey Teow.

Ayam goreng dia lembut dan juicy. Nasi goreng kosong ajer tapi cukup rasa  macam nasi tomato pun ada rasa dia dan nasib baik ada pelengkap telur mata, sosej, turkey ham dan sayuran .


Ice Lime Juice

Ni set penjimatan yang ada. RM12.90 ++

Ruang makan yang selesa  . Servis pun ok .

 Partner lunch , Ad

Total : RM15++ ( Ada kupon so, kena top up RM5++ ajer)


Korang pernah cuba makan di Black Canyon ?

  
Black Canyon
Lot G-3 & 4, Ground Floor, Centrepoint Bandar Utama,
 No. 3, Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya, 
47800Bandar Utama,Selangor
Contact    03 7726 4328 Fax: 03 7727 4329

My Nuha | Aku Bukan Chef

Bila cuaca panas membahang apa nak buat ?

$
0
0
1 ) Makan aiskrim lah !

Ni kejadian hujung minggu hari tu. Masing-masing dah macam cacing kepanasan dalam rumah. My hubby cakap dia dengar bunyi motor ais krim kat luar. Dia nak tunggu motor tu lalu sekali lagi nak tahan. Masa tu my Nuha sibuk nak minum susu. Dah siap saya bancuh susu, dengar bunyi motor ais krim tu depan rumah. My Nuha pun sama ikut saya keluar, dah lupa minum susu. Sabar jer lah. Adik duk sorang-sorang dalam rumah tengok tv masa kitorang makan aiskrim tu.

Budak yang tak reti makan aiskrim kon :p
Saya terpaksa makan dulu bahagian atas tu, kalau dak meleleh-leleh.


Nuha kata aiskrim macam Abang Sally :p Pengaruh Upin Ipin betul.
RM1.50

 Kami bertiga . Nyaman tekak :)

 2) Dinner di tempat berhawa dingin , contohnya Mc'Donalds 


Ni hubby la ajak makan kat sini sebab nak sejukkan badan..hehehe
Saya cakap kat dia, makan dalam bilik tidur pun ok aper , ada aircond :p


Ayat kesian my Nuha bila nampak Mc'Donalds , lama dah kita tak makan kat sini.
Selalu kitorang takeaway ajer , malas nak makan kat situ .Tercapailah hajat dihati dia :)


Adik tengok ajer la orang makan dulu yer :) 2 bulan lagi boleh la makan.

3) Minum Sirap Ais kat dalam ofiz.



Heaven . Ni sirap bancuh sendiri yer :) Beli ais ajer kat kafe :p



Esok cuti , ada plan bercuti ker ? 
4) Jom Cameron Highlands sayang :p

p/s:

Entry ini dengan harapan hubby tunaikan cita-cita yang satu ni nak jejak kaki ke Cameron Highlands. Dah nak masuk 31 tahun , CH tak pernah jejak....kesian weeyyy..


My Nuha | Aku Bukan Chef
Viewing all 695 articles
Browse latest View live